Thursday, April 17, 2014

~Adab Kentut~

assalamualaikum...salam 2014.... entry ni untuk perkongsian teman2 rakan2 taulan, sahabat2, kwn2 ...(alaa...mcm ramai je baca blog kau cik kate...T_T)....btw...tak kesah la ada org baca ke....ada org tak baca ke...ni cik kate nk pesan memesan lah kt korang yg perempuan ESPECIALLY......(take note gurls!)..

Cik kate ni actually not really fussy dgn hal org...since only kalau dah feeling annoyed!...too annoyed! and so much annoyed!...hah...jadi...since cik kate bukan jenis jaja cerita org...mari cik kate olah cerita ini menjadi pesanan dan pedoman kepada sesiapa yg baca blog cik kate ni. Its good for sivic improvement (bak kata boipren cik kate)....which totally important...which kalau bahasa Islamic fundenmental sket..bunyinya adalah "AKHLAK"...(haha...nampak...skill tulis thesis akan diaplikasi kan dalam entry ni sbb cik kate tgh huru hara haru biru menulis thesis sbb nk raya sakan tahun ni...)

hello ladies...gugurls...wivess... diluar sana yg cantik yg molek jelita lagi bijaksana,..everybody kentut everyday. Yet, there facts on fart yg ckp ianya bgus utk kesihatan, mengeluarkan gas2 yg bdan tidak perlukan, normal human being kena kentut as that much (cik kate lupa sukatan kentut yg patut dikentut setiap hari oleh manusia...pembaca boleh google sendiri)...instead peoples from Europe, U.K, U.S (belah2 yg bukan negara Islam)....they saying that kentut is better than sendawa....hah!!....see...how people kentut every day..whatever it is...itu fitrah...(sila kentut..saya tak marah!)

TETAPI.....tolong laaa......
1. Jgn kentut kuat2 depan org berserta bau yg haram jadah ala sepoi2 bahasa tu. If x tahan sgt..terlepas...just say sorry..sbb dlm islam ade pesanan...jgn kita gelakkan org yg terkentut sbb itu akn aibkan dia...senyap je...ortherwise, kalau kita buat xtau, allah bgi ganjaran sbb kita sama2 tutup aib org tu .unless korang mmg niat nk lepaskan je kentut tu...(yg ni mmg i reject bawak pergi majlis...buat malu kompeni!!!!)

2. Jgn kentut dlm kete yg ade A/C!!....its damnshit kalau kentut dlm kete yg sejuk itu..lagi2 ade org lain dlm kete tu (kalau sorang lantak kau!!). Here some tips...kalau nk kentut dlm kete yg tgh sejuk tu..for sure...u guys might on the way to somewhere else, woiiiii perempuan...kan ade power window button tu...gunala bengong!!! (sorry ckp kasar, sbb tkut ckp baik2 ni x mkn saman!)...tekan tingkap utk turun, lepas tu kentut la..then let the window open for few minutes..so then, kentut tu x ganggu org lain punya keselesaan.

3. Jangan (T___T *merayu*) kentut tgh mkn...(kalau kau mkn sorang tak pe...kalau ko tgh mkn dgn org..ko tak fikir ke...) btw, kalau dah TERkentut tu then simply apologize...takpe...we understand...becoz we are also human being, TETAPI..kalau siap ko kentut, ko komen like "kite kalau mkn je mesti nk terkentut" or "time mkn je mesti kite terkentut" or "uppss..terbanyk pulak kentut tgh mkn ni".....weeeehhhh!!!!....put something in ur mind!!....ade kami kesah...kami nk makan!!!..in fact..ko sorang je yg komen pasal kentut ko..org lain semua buat xtau..that look stupid tahu tak....xder adab..no matter how jenis tak kesah org tu..no matter how slumber u r..please think!!

4. Jgn kentut depan suami unless ianya betul2 terlepas....heyy...cik kate penah la terdengar pkcik cik kate dulu...duluuu....tegur mkcik cik kate masa ktorang tgh duduk2 lepak2...lalu si mkcik ni terkentut...then simply pkcik cik kate ni ckp...'derhaka tau kalau kentut kuat mcm tu kalau suami tak suka'...lalu cpt2 mkcik cik kate ni mintak ampun...hah!!...see....how the implications...(i hope boipren cik kate masih respect dgn sivic yg cik kate ade ni..so far alhamdulillah...dgn parenst n sibling pun) ^_^...

Implikasi amalan2 tersebut yg amat ditakuti oleh cik kate adalah...gegurls, young ladies, kwn2 cik kate terutamanya, bila korang ni berkahwin, berkerja dgn org2 besar, remember that u wont be stick with the same person forever, u'll keep seeing peoples day by day, cik kate takut korang ni...sbb dh selalu sgt and dah jdi habit...then, whenever u go, with whoever u meet, korang akan buat benda yg sama. Nmpk remeh, but please think again n again. Till then, cik kate tinggalkan sikit references utk support cik kate punya entry ni...nti xdela isu pulak hal yg cik kate tulih ni...

'Adab Kentut (membuang angin) menurut Sunnah
Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut dihadapan orang ramai dan sebagainya. Walaubagaimanpun bagi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa.
Hal ini berdasarkan hadith daripada Aisyah RA yang berkata, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ 'Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar (dari solat).' [riwayat Abu Daud no. 1114]
Kata al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari akhlak yang baik. [Awn al-Ma'bood]
Manakala bagi orang yang lain pula adalah haram mengejek dan mentertawakan orang yang terkentut sebaliknya mereka harus meneruskan urusan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Bahkan di dalam hal ini, menutup aib saudara kita adalah merupakan suatu sunnah dan kemuliaan.
Abdullah bin Zam'ah RA meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam menegur perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya : لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ 'Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia juga lakukannya? [riwayat al-Bukhaari dan Muslim]
Hadith di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya. Hal ini termasuk dalam adab dan akhlak yang baik dengan manusia lain. [Al-Minhaj] 

p/s: Dihadapan suami, seorang isteri perlu menjaga kesopanannya agar suami tidak memandang buruk padanya. Begitu juga seorang suami tidak boleh sembarangan membuang angin dihadapan anak-anak dan isteri bagi mengelakkan adab yang buruk itu diikuti. 


Adab ialah perhiasanya yang paling bernilai bagi seorang mukmin ibarat bau wangi pada bunga....Tak guna bunga yang cantik jika tak berbau harum !

~adios~
Kate a.k.a MrsRedz

1 comment:

  1. Trima kasih... Allah SWT pasti akan membalas kebaikan tazkirah ini. Amin....

    ReplyDelete