Wednesday, November 20, 2013

~dunia aku...kawan aku...hari aku...adalah kamu semua!!~

Assalamualaikum......

Akak update ni..sebab akak mcm TERinspirasi oleh kwn akak yg semenjak dua menjak ni sebok update blog dia...maka dgn itu...akak nk update jugak..tapiii...akak ni..nauzubillah malasnya....ahahaha....

Jadi utk aktiviti akak....scroll down jelah wall instagram akak yer pembaca sekalian....kui3...

-----> http://instagram.com/caterinachalis?ref=badge

Tuesday, September 24, 2013

instagram's bagde

hye all...assalamualaikum...

btw...akak kan mcm dh lama x meng'apdet' pape di blog akak ni...bukan pe...sbb akak apdet kt tempat lain...almaklumlah bnyk sgt social hub dah kan skang ni...

so..ni akak nk meng'share' akak punya instagram...ala raw version..sbb akak ni x suka mengedit ober2 mcm org lain...so..mmg raw jelah gambo2 yg ade...


Instagram


p/s: akak pun bru nak menerai badge yg insta buatkan utk akak ni....enjoyy

Saturday, June 29, 2013

aku yang terluka

sidang hadirin sekalian, saya dgn ini mengumumkan bahawasanya...saya telah ditinggalkan sekali lagi, saya tahu saya bukan sorang wanita/perempuan yang bagus dan baik, cuma dalam sebuah perjalanan yang panjang utk menjadi lebih baik.

Saat ini, terasa seperti nafas lekat di kerongkong.

Ogos 2012, saya berkenalan dgn beliau, dan beliau seorang yang cheeky, fun dan sempoi, dan yg paling penting menghormati orang tua. Kerja mungkin pada saya terumbang ambing krn berkerja sendiri. Semua itu saya tidak kisah. Kami kerap berhubung pada awal 3 bulan perkenalan tetapi selepas itu, terputus hubungan selama sebulan atas sebab2 yang boleh dipercayai. Sehinggalah ada perasaan suka antara saya dan dia. Kami masih terus berhubung tetapi sudah tidak sekerap sebelum terputus hubungan sebulan itu.

Alkisahnya, November 2012, ada satu inbox text di laman sosial facebook saya. Kiriman dari seorang perempuan dari terengganu yang bertanyakan adakah saya dan beliau ada hubungan serius. By that time, beliau ada memutuskan saya utk menerima beliau sekitar Oktober 2012, sekitar raya haji. (saya sedang menulis dgn hati yang bengkak...T____T). As what i saw, i heard,and his explain, saya abaikan saja prank text tersebut. Keadaan berjalan seperti sedia kala.

SEHINGGA Mac 2013, saya didatangi lagi dgn inbox text yang sama dari org yg sama. then only im thinking, who is this fella towards my man. I ask, i went to my hometown sbb nk face to face dgn beliau semata. I did ask. Did u love her? how long u know her? Y did gurl keep asking me who am i? Who am i to u? After we having very tense period about 3weeks.

29 June 2013, he confess that he choose that gurl. The reason he said to me while i meet him at my hometown was...

"i tersepit antara u dgn my parents, ya i dah kenal dia lama dan mak asek pressure i utk truskan dgn dia"

but then when i ask him back, "did u love her deeply?" he said he also no certain.

"so who am i to u? hbis yang u ckp serius dgn i tu was fake la? u come to see my parents bagai2?" then he replied me "yes, i did serius with u, tapi i was pressure by my parents"

sapa gila ni...aku gila ka dia gila????!!!!! (omg...ya allah....engkau je yg tahu rasa apa yang aku rasa SEKARANG)

less than 24h, after he said he choose that gurl, he also unfriend me at the FB...itu mcm menghanjing...

the frust one is when the gurl keep uploading pictures of beliau since they havin a meeting at terengganu. He purposely went to Terennganu to meet up that girl as ask by his parents.

Lastly, i choose to walk away since he said he choose her but not break me. Tp all the actions showed so!! im not stupido!! U r the one who stupid. I pray that u will be dumb sooner. People change as the world change


Untuk family saya (best man in my life ABAH, super IBU, ANGAH the greats, andak n wife, makndak and Hubby, kwn2 yang selalu support saya (ecah and dhiya),, kwan2 sama study (team, azie, ann, kak mel, ct, mas, mahe etc).....

aku nk bgtau korang, yang aku rasa sakit sgt skang. Luka lama dulu tak elok sepenuhnya, and now im facing it again.

Aku bukan jenis yg pandai bergaduh rebut2 lelaki, if he not meant to me, he will not. But as abah said, as far as he go, if he meant to u, he will back to u. Sabar dan tunggu serta berusaha untuk kehidupan kakak sendiri.

Even it is just a while, it much meant to me. He make me to accept him, cure previous pain, but he did put back the wound in my heart.

Even thought i been love in cautions, it still hurt me. Tears. Broke into a pieces again. Which i think MY TRUE LOVE only can cure it. Ya Rabb. Truly. Certainly.

For him and his gurl, i did wish happily even after. aku memang takkan tgok lagi korang. because it will hurt me to the deepest.

(feels like to hug abah rite know, but he had been far away at my hometown...)
too much pain for 2012 and 2013, hope new year 2014 will bring all the sadness away

keluarga yang baik hati dan kwan2 yang memahami, doakan lah supaya saya ditemukan dgn real man, who can cares me, please me, guide me and certain with his choice. After all....hal lain aku mampu nk usahakan sendiri, tp hal yg satu ini, percayalah aku x mampu, 2x!! same thing happened. Yang aku percaya, allah itu temukan aku dgn org yg salah sepanjang perjalanan aku utk bertemu org yang baik dan tepat.

Ketenagan sila hadir, rasa aman, mari dampingi aku, damai...aku mahu.

Sepanjang perjalanan ini, banyak rasa aku telan, bermacam keputusan aku buat....untuk aku belajar, menerima setiap sekecil zarah kejadian adalah kehendak Allah. Segala rasa, dorongan, keputusan...adalah dari-NYA.


Kuatkan aku. La tahzan.
Tears, the only ecstasy that can killer the pain. To reduce the tense. To release..zikir wani zikir. Allah tgh uji ko. Kalo ko tak mampu, pasti aku dorong dia memilih kau, yang aku tahu hati satu lagi tidak mampu. She not as tough as u wani.

*korang.....be my crying shoulders!!!!



Sunday, February 3, 2013

~paranoid yg menjadi-jadi~

Selamat pagi februari para pembaca (alaa...aku tau....bukan ramai pun bca blog aku ni)...
Sejak kebelakangan ni, bila aku bangun pagi..ada satu rasa paranoid yang menjadi2 terhadap apa yg org selalu panggil "perhubungan" @ "relationship" @ "perkahwinan" @ "komitment" @...sume2 la yang berkaitan dgn hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adakah perkahwinan itu membawa kpd kebahagiaan? IYA!!! aku pernah terbaca sebuat artikel yg memetik "perkahwinan itu adalah untuk membahagiakan, bukan utk bahagia"...apakah itu?? mungkin ianya betul..tp hakikatnya? adakah ia benar? Sedangkan statistik dri Jabatan Statistik Negara sndiri mengeluarkan fakta mengatakan bahawa kes penceraina di Malaysia semakin meningkat. Maka adakah perkahwinan itu untuk membahagiakan?

Even, yang ada depan mata aku hari2...mak ayah aku sendiri, bahagiakah mereka? Mereka BERDUA? Bahagia? Bahagia ke ibu? Bahagia ke abah? pelik bukan...ibu, selalu saja membingit itu dan ini di tepi telinga abah dan kami anak2...abah pula tak kurang ligat...diam2 ada 'awek' biarpun secara secret service @ 'undergroud activity', hakikatnya, bahagiakan perkahwinan itu sendiri?

Mungkin, pilihan untuk berkahwin pada awal perkenalan menerbitkan rasa suka, cinta yang menggebu-gebu dan membuak-buak, tapi lama kelamaan, pasti bosan bukan?Jadi tak hairan jika sekarang statistik individu bujang yang lambat berkahwin meningkat. Sebab yang semacam inilah yang membuatkan golongan ini memilih utk tidak terikat dgn seseorang utk tempoh yang abadi.

Contohnya aku sendiri. 2 3 kali mengulang proses yang sama sepanjang 25 tahun tatkala rakan2 lain menukar lembaran hari2 mereka dgn aktiviti yang berkaitan dgn 'relationship' & 'komitmen'..(regardless komitmen terhadap kerjaya). Seawal perkenalan..semua indah, setiap hari itu semacam everyday is honeymoon day lah gayanya..tapi bila msuk 2 @ 3 bulan..u may see the Real Color of him/her. Betul bak kata Jason Mraz dlm lagu beliau bertajuk "Life is Beautiful"...'it takes no time to fall in love, but it takes you years to know what love is"..Untuk memulakan sebuah @ sesuatu hubungan memang mudah, tetapi untuk sustain it in the very pleasant, bukan perkara yang mudah, tapi sebagai seorang Muslim, aku percaya setiap yang berlaku adalah qada' & qadar allah untuk hambanya.

Setiap hari, bila neuron2 otak aku ni mula berfikir perkara2 yang negatif mengenai 'relationship'..tangan akan segera mencapai nukilan si John Gray; Men are from Mars, Women are form Venus untuk membetulkan semula persepsi negatif aku tu. Dan perkara terbaik yang aku pernah buat adalah, aku selitkan semua wedding invitation card kwn2 aku yang pernah aku dpt semenjak awal 2012 di dalam buku tersebut, supaya setiap kali aku mencari motivasi tersebut, aku mempunyai bahan untuk percaya kpd perkahwinan again and again. Melihat warna2 ceria kad2 tersebut, mungkin boleh menutup warna2 kelam itu.

Siapa yang tak hendak mendirikan rumah tangga? Kalau ada pun, bilangannya mungkin sedikit, itupun golongan2 yang lesbian, gay etc. Aku pun nk kahwin. Ibu abah pun dah mula risik2 secara halus dan perlahan2. Tapi kalau hati ini, terus dan terus dihiris mcm ni kan, better be alone..bak kata ustaz2 yang tgh meletup di Tv dan Radio serta Facebook sekarang ni "kalau kamu tiada siapa2, cukuplah Allah bagimu". Aku tak rasa yang aku perlu untuk ikut saranan nenek aku untuk pergi mandi bunga, jampi jodoh & etc, cuma perlu percaya, Allah itu dah sesuatu yang indah buat setiap hambanya, cuma lambat atau cepat sahaja.

Bila melawan kehendak fitrah, seperti aku yang selalu menolak lelaki kebelakangan ini (bukan bermaksud aku menerima perempuan ye....aku sembahyang 5 waktu ok lg..aku bukan lesbian!), Allah itu selalu datangkan rasa sunyi, sepi yang tiba2, yang buat aku tersentak, timing datang tak tentu hala, ikut suka, cuma percaya yang setiap apa yang kita rasa adalah datang dari Allah dan dia yang berkenan kita untuk rasa yang sedemikian.

Bukan aku melawan fitrah semata, cuma terkesan dek peristiwa2 yang pernah berlaku dlm hidup aku sebelum ni, lelaki buat baik dgn aku sbb duit, lelaki buat baik dgn aku sbb body aku cantik & nk try, lelaki nk serius dgn aku tpi after few years, dia je yang kenal aku, tapi aku tak kenal dia (nampak sgt yang aku je jujur dan dia tak jujur pun dgn aku even pasal family dia...p/s:umur dia pun aku xtau sampai hari ni..puas dah tnya), lelaki nk rapat dgn aku sbb pesona pertama aku je, aku punya publis relation skills, aku punya senyum serta ramah tamah dan sempoi bergaya....dan lelaki...dan itulah mereka pada aku. Belum pernah aku jumpa yang deadly serious yg fanatik berani mati, kalau ada pasti dah bergelar Puan sekarang. Setakat fanatik tp suruh jumpa mak bapak aku pun tak berani..kerat jela keris kontot korang tu, buang dalam sungai.

Bila semakin paranoid,  jgn salahkan perempuan kalau ada lelaki yang kena campak ala2 sambal cili api di telinga, di muka @ di hati, kami cuma tak hendak sakit hati lagi. Bila semakin paranoid, menjaga hati sendiri lebih utama dari menjaga hati org2 yang disayangi. Bila semakin paranoid, bunyi telefon @ msg alert terasa seperti gangguan makhluk asing yang menjengkelkan! Bila semakin paranoid...setiap inci perbuatan, perkataan dan fikiran tidak lagi mempunyai pengertian. Bila semakin paranoid, semakin kita akan percaya bahawa kemewahan bukan segala2nya. Bila semakin paranoid, bila semakin paranoid.....