Sunday, February 3, 2013

~paranoid yg menjadi-jadi~

Selamat pagi februari para pembaca (alaa...aku tau....bukan ramai pun bca blog aku ni)...
Sejak kebelakangan ni, bila aku bangun pagi..ada satu rasa paranoid yang menjadi2 terhadap apa yg org selalu panggil "perhubungan" @ "relationship" @ "perkahwinan" @ "komitment" @...sume2 la yang berkaitan dgn hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adakah perkahwinan itu membawa kpd kebahagiaan? IYA!!! aku pernah terbaca sebuat artikel yg memetik "perkahwinan itu adalah untuk membahagiakan, bukan utk bahagia"...apakah itu?? mungkin ianya betul..tp hakikatnya? adakah ia benar? Sedangkan statistik dri Jabatan Statistik Negara sndiri mengeluarkan fakta mengatakan bahawa kes penceraina di Malaysia semakin meningkat. Maka adakah perkahwinan itu untuk membahagiakan?

Even, yang ada depan mata aku hari2...mak ayah aku sendiri, bahagiakah mereka? Mereka BERDUA? Bahagia? Bahagia ke ibu? Bahagia ke abah? pelik bukan...ibu, selalu saja membingit itu dan ini di tepi telinga abah dan kami anak2...abah pula tak kurang ligat...diam2 ada 'awek' biarpun secara secret service @ 'undergroud activity', hakikatnya, bahagiakan perkahwinan itu sendiri?

Mungkin, pilihan untuk berkahwin pada awal perkenalan menerbitkan rasa suka, cinta yang menggebu-gebu dan membuak-buak, tapi lama kelamaan, pasti bosan bukan?Jadi tak hairan jika sekarang statistik individu bujang yang lambat berkahwin meningkat. Sebab yang semacam inilah yang membuatkan golongan ini memilih utk tidak terikat dgn seseorang utk tempoh yang abadi.

Contohnya aku sendiri. 2 3 kali mengulang proses yang sama sepanjang 25 tahun tatkala rakan2 lain menukar lembaran hari2 mereka dgn aktiviti yang berkaitan dgn 'relationship' & 'komitmen'..(regardless komitmen terhadap kerjaya). Seawal perkenalan..semua indah, setiap hari itu semacam everyday is honeymoon day lah gayanya..tapi bila msuk 2 @ 3 bulan..u may see the Real Color of him/her. Betul bak kata Jason Mraz dlm lagu beliau bertajuk "Life is Beautiful"...'it takes no time to fall in love, but it takes you years to know what love is"..Untuk memulakan sebuah @ sesuatu hubungan memang mudah, tetapi untuk sustain it in the very pleasant, bukan perkara yang mudah, tapi sebagai seorang Muslim, aku percaya setiap yang berlaku adalah qada' & qadar allah untuk hambanya.

Setiap hari, bila neuron2 otak aku ni mula berfikir perkara2 yang negatif mengenai 'relationship'..tangan akan segera mencapai nukilan si John Gray; Men are from Mars, Women are form Venus untuk membetulkan semula persepsi negatif aku tu. Dan perkara terbaik yang aku pernah buat adalah, aku selitkan semua wedding invitation card kwn2 aku yang pernah aku dpt semenjak awal 2012 di dalam buku tersebut, supaya setiap kali aku mencari motivasi tersebut, aku mempunyai bahan untuk percaya kpd perkahwinan again and again. Melihat warna2 ceria kad2 tersebut, mungkin boleh menutup warna2 kelam itu.

Siapa yang tak hendak mendirikan rumah tangga? Kalau ada pun, bilangannya mungkin sedikit, itupun golongan2 yang lesbian, gay etc. Aku pun nk kahwin. Ibu abah pun dah mula risik2 secara halus dan perlahan2. Tapi kalau hati ini, terus dan terus dihiris mcm ni kan, better be alone..bak kata ustaz2 yang tgh meletup di Tv dan Radio serta Facebook sekarang ni "kalau kamu tiada siapa2, cukuplah Allah bagimu". Aku tak rasa yang aku perlu untuk ikut saranan nenek aku untuk pergi mandi bunga, jampi jodoh & etc, cuma perlu percaya, Allah itu dah sesuatu yang indah buat setiap hambanya, cuma lambat atau cepat sahaja.

Bila melawan kehendak fitrah, seperti aku yang selalu menolak lelaki kebelakangan ini (bukan bermaksud aku menerima perempuan ye....aku sembahyang 5 waktu ok lg..aku bukan lesbian!), Allah itu selalu datangkan rasa sunyi, sepi yang tiba2, yang buat aku tersentak, timing datang tak tentu hala, ikut suka, cuma percaya yang setiap apa yang kita rasa adalah datang dari Allah dan dia yang berkenan kita untuk rasa yang sedemikian.

Bukan aku melawan fitrah semata, cuma terkesan dek peristiwa2 yang pernah berlaku dlm hidup aku sebelum ni, lelaki buat baik dgn aku sbb duit, lelaki buat baik dgn aku sbb body aku cantik & nk try, lelaki nk serius dgn aku tpi after few years, dia je yang kenal aku, tapi aku tak kenal dia (nampak sgt yang aku je jujur dan dia tak jujur pun dgn aku even pasal family dia...p/s:umur dia pun aku xtau sampai hari ni..puas dah tnya), lelaki nk rapat dgn aku sbb pesona pertama aku je, aku punya publis relation skills, aku punya senyum serta ramah tamah dan sempoi bergaya....dan lelaki...dan itulah mereka pada aku. Belum pernah aku jumpa yang deadly serious yg fanatik berani mati, kalau ada pasti dah bergelar Puan sekarang. Setakat fanatik tp suruh jumpa mak bapak aku pun tak berani..kerat jela keris kontot korang tu, buang dalam sungai.

Bila semakin paranoid,  jgn salahkan perempuan kalau ada lelaki yang kena campak ala2 sambal cili api di telinga, di muka @ di hati, kami cuma tak hendak sakit hati lagi. Bila semakin paranoid, menjaga hati sendiri lebih utama dari menjaga hati org2 yang disayangi. Bila semakin paranoid, bunyi telefon @ msg alert terasa seperti gangguan makhluk asing yang menjengkelkan! Bila semakin paranoid...setiap inci perbuatan, perkataan dan fikiran tidak lagi mempunyai pengertian. Bila semakin paranoid, semakin kita akan percaya bahawa kemewahan bukan segala2nya. Bila semakin paranoid, bila semakin paranoid.....



No comments:

Post a Comment