Monday, June 23, 2014

Macam mana nak balik Jengka, Pahang dari Kajang/Serdang/Bangi

Assamualaikum semua.
Assalamualaikum syg saya, Redzlan Muhammad.

Alhamdulillah. Masih Allah beri peluang untuk bertapak di atas bumi Allah ini. Syukur.

Baiklah. Entry ni nk kongsi mcm mana nk balik Jengka, Pahang kalau anda dari kawasan Kajang/Serdang/Bangi.

Entry ni sebab ada sorang kwn akak tu, failed nak balik Jengka sorang2 kalau naik train sobab kena lompat2 train ni. Dont worries. Meh akak kongsi sket. Dulu masa memula akak dri UPM nk balik Jengka, akak dapatkan instruction dri sorang kwn akak (schoolmate nama dia Esah Fatah) yg dh study setahun lagi awal dari akak kt Bangi nun. Guna sms je (dlu xder lagi whatapps or whatsovadever)

Jom...ok semuaaa...get set..

pegi cari stesen KTM yg paling hampir dgn anda semua!!


 ini contoh stesen ktm dgn coach baru mereka.


 ini stesen ktm yg tgh loading passanger dgn coach lama (petak sket muka coach ni)

dah siap tgok train, jom beli tiket. Ini adalah gambaran jelas lagi benar tiket ktm ye wahai pembaca sekalian.
pastikan anda semua bli tiket yg betul. Nak balik Jengka dan naik bus di stesen Pekeliling, haruslah anda membeli tiket ke stesen ktm BANDAR TASIK SELATAN (BTS)!! (tolongggg T_T jgn beli tiket tempat lain). kalau mcm akak dri Serdang...tiket harga RM1 SAHAJA!!! Kalau dri Bangi/Kajang...akak x pasti..korang kene cek sendiri yer.


Tak tahu sila bertanya. Malu bertanya kawan sesat cari jalan pulanggg (lagu XPDC)

Serta...sila pastikan dgn kakak or abg2 kt kuanter tu....platform mana yg anda semua kena tggu.......>>>>Selamat tggu train.


Train smpai...silalah buat langkah bijak dgn masuk ke dalam train  serta sila tururn di stetsen yg telah diberitahu. Jika anda ada seorang perempuan, pihak KTM ada menyediakan LADIES COACH (kerana diriku begitu berharga!!). Ini dia------>>




Ini akak share sket route map si ktm train ini untuk rujukan para pembaca.



Selepas anda semua tiba di stesen BTS, sila turun secara segera ye...pintu train x bukak selamanya untuk korang. Lepas tu sila bergegas mengikut hala kemana ramai org pergi...ngeh3....mesti semua org nk exit stesen tu. So, lepas keluar dri stesen ktm BTS, sila pastikan, anda mengambil haluan kanan dan singgah membeli token LRT di mesin layan dri seperti dlm gambr dibawah ye. Rega token BTS-Titiwangsa adalah RM1.70 (murah je hokeyyy...)


Ini adalah rupa bentuk token (dulu guna kad nipis tu...skang dh guna token plastik)


Pastikan ketika membeli anda membeli token sehala ke stesen LRT TITIWANGSA a.k.a PEKELILING ye...beli tempat lain kang x jumpa bas pegi Jengka, pdn muka korang. Sila ikut arahan.

Dh siap beli token....jom masuk tggu train....sila sentuh token seperti gambar di bawah di gate yer...


Lalu...boleh la pastikan anda semua mengambil train yg sepatutnya. Pastikan anda semua mengambil train yg menghala ke SENTUL TIMUR. jgn sekali2 naik train ke AMPANG. Walaubagaimanapun, jika anda ni jenis loklak gelabah katak ternaik train ke ampang, sila turun di stesen chan saw lin dan buat pertukaran train (maksudnya tggu di platform yg sama untuk train ke sentul timur...ada paham???)

Ok, train dh smpai. Sila naik train tersebut ye....jgn berangan sgt la kt situ. dari BTS, menganbil masa lebih kurang 30- 40minit jugak nk smpai TITIWANGSA. Sbbnya, TITIWANGSA ni dh hujung2 stesennya. Korang akan lalu bnyk stesen contohnya Cheras, Masjid Jamek, Plaza Rakyat, PWTC, Bdr Tun Razak ect.


Korang akan dpt tgok bermacam ragam org Malaysia dan bagunan pencakar langit di kl sepanjang perjalanan ke titiwangsa. Enjoy the scenery serta kadangkala ada bau yg tidak menyenangkan kalau tgh peak hours...huhuhhuhu
 Dah smpai titiwangsa, sila turun dn keluar ye dri stesen. token perlu dimasukkan dlm gate seperti gambar dibawah.


ini untuk rujukan semua, route map tren LRT rapid kl....


Usai sampai di stesen titiwangsa...
Sila keluar je dri gate lrt...anda akan nmpak tangga dan flyover/jejantas...sila berjalan ke arah itu...habiskan berjalan sepanjang flyover tersebut. Di sepanjang perjalanan atas flyover tu...anda mungkin akan jumpa budak2 melepak atau org main seruling atau juga peminta sedekah atau jugak mcm2 lagi...keh3
Jadi, sila berhati2 yaw!!

Dah smpai hujung...taraaaaa......inilah dia stesen pekeliling.
Awk2 semua boleh usha dri atas...sila trurn tgga yg tinggi tu...sket je lagi dah nk smpai kuanter tiket bus yg boleh bawa anda balik jumpa keluarga yg tersayang....ahaks.


Seterusnya sila cari la kuanter Metrobus sbb bus jenis ini sjaha yg akan terus direct ke jengka yaw!!
Kuanter metrobus kalau x silap akak berada di baris no.4 atau no.3...CARI...TENGOK....DAN BACA!!
Boleh le beli tiket balik Jengka ye korang sumer.
Tiket dewasa (dewasa je yg i tahu...RM 17.10 untuk KL-JENGKA), yang lain akak xtau...sbb akak naik beli yg tu je...ngeh3)


Untuk perjalanan balik semula ke tempat anda, semuanya sama, kecuali di stesen lrt titiwangsa dimana anda perlu pastikan anda naik train yg tulih  (SRI PETALING).

Selamat balik kampung u olls.

p/s: tolong jgn jakun sgt kt tempat sndiri. U olls semua habis sekolah kan, sila baca semua yg boleh dibaca untuk pengetahuan anda. dan, tolong tanya org lain kalau x tahu. im pretty sure that others Malaysian will help u out.

Adiosss...
Mrs.Redz

6 comments:

  1. details nye cara nak naik tren..thanks kak.

    ReplyDelete
  2. Useful entry,saya pun student upm 2016,and kalut jugak la mcm mana nak balik temerloh,google tiket tbs temerloh xde at last i found your blog and baru tau kena pergi ke pekeliling,btw thanks

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. detailnya instructions yg awak bg. really helps me. thanks a lot !

    ReplyDelete
  5. Just nak tanya klau nak Naik KTM or lrt tu dia ade tulis ye nak ke mana ,mcm sign board ke ape2 ke

    ReplyDelete
  6. Salam Redzlan Muhammad tu suami puan ke? Kebetulan nama sama dgn suami sy😅

    ReplyDelete