Wednesday, October 21, 2009

~sama~

aku membenarkan jiwa aku untuk mencintai, aku persembahkan hidup aku untuk dia, diri aku, dia, belum aku pernah rasakan begitu, semua itu telah berlalu, harapan aku palsu, dan mungkin suatu hari yang satu, aku terus menunggu kerana di hari aku adalah dia dan belum pernah aku rasa ingin terus memburu, aku lemah tanpa aku, aku ingin mendampingi dia, walau aku tahu aku bukan yang terbaik untuk dia, sampai syurga aku menunggu dia, dan sampai syurga aku mencintai dia, dia yang satu..dan kerana dia, aku membiarkan hatiku untuk terus merindu dan menghamparkan sakitku untuk tatapan dia bersama harapan aku yang hilang dalam terang yang membutakan an segala yang aku ada akan aku berikan segalanya hanya untuk dia, bahagia untuk selamanya. biar sampai syurga untuk dia sahaja, aku mahukan dia, biar sampai syurga aku menunggu cintamu supaya aku sempurna.kami, dia dan aku punya rasa sama, cinta. kalau dah sama suka tak perlu diucapkan dengan kata-kata, masing-masing akan faham dan dapat merasai gerak hati masing-masing dan itulah yang aku dapat sifatkan kepada perhubungan aku dan dia. lepas pertama kali berjumpa pun kami sudah merasakan yang 'we meant to each other', ibaratkanlah selepas perjumpaan pertama masing-masing berkata "i found my soulmate". untuk dia, tidak pula aku bertanya tapi untuk aku, selepas bertemu dengan dia, aku dapat rasakan kelainan, kalau dulu sebelum menegnali dia, pantang ada yang mengetuk pintu hatiku ini, pasti dilayan, tapi mengenali dia, membuat aku kaku untuk melayan lebah-lebah yang datang menjengah. aku, mengerti erti sebuah keikhlasan dan kesetiaan. inikah sebenarnya rasa setia?? aku mengharapkan dia pun merasakan yang sama.aku cuma mengharapkan yang dia mempunyai rasa yang sama aku berharap dan terus berharap walaupun aku tahu, jika kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi, kita sendiri yang akan memusnahkan harapan itu.aku mengharapkan yang kami bersatu jiwa dan jasad.

No comments:

Post a Comment