Wednesday, October 21, 2009

~dia~


dia..dia adalah cintaku, dia adalah hidupku, dia adalah semangatku, dia adalah nafasku, dia juga adalah air mataku. kerana dia, dunia aku terlepas, kerana dia, aku bernafas, tanpa dia, semangat aku jadi tewas dan kerana, kerana dia yang teratas.mengenali dia adalah sebuah memori yang terindah dalam hidup aku. membenci dia adalah rasa yang menyakitkan aku tapi mencintai dia adalah rasa yang teramat menyakitkan. setiap nafas aku, aku tidur, aku bangun, segala adalah untuk dia.dia memang sebuah keindahan untuk jiwa aku.aku berkenalan dengan dia melalui laman 'chat', dia adalah sebuah sisi yang aku langsung tidak menyedari dari mana dia datang. dari situ kami berkenalan kerana aku secara tidak aku sengaja dan sedari telah meninggalkan sebaris nombor, dan dari situ dia menjejak aku. dari situ kami mula berjumpa. kerana dia yang terindah, sehingga saat ini, masih segar lagi di tubir mata ku ini waktu pertama kali kami bertemu, dan segala waktu-waktu indah yang singgah walau sekejap cuma. peribadi, personaliti dan penampilan dia, 100% adalah apa yang sudah lama aku bayangkan dan harapkan, dan dia kini di depan mata, orang kata, peluang keemasan jangan sekali dilepaskan, peluang semacan itu tidak akan datang untuk kali kedua. jadi aku membuat keputusan, dia adalah apa yang aku telah nantikan selama ini, untuk mengisi sebuah kekosongan hatiku ini.kami, dia yang selalau sibuk dan bukan aku, tidak selalu berjumpa, bertelefon pun jarang, ber'sms' mcm muda mudi lain lagilah tidak.almaklumlah, dia yang banyak lebih berumur daripada aku dan juga berkerjaya,aku beri ruang untuk kehidupan dia, aku tak mahu kerana aku dia terpaksa melepaskan kehidupan dia.membuat insan yang kita sayang tersenyum adalah perkara terbaik untuk aku walaupun aku terpaksa melepaskan.aku mahu, aku adalah sebuah kebebasan ynag indah dalam hidup dia. dia, adalah apa yang aku bayangkan adalah untuk sebuah perhubungan yang indah dan suci oleh sebuah ikatan yang sah."jodoh ada tiga jenis, pertama, jodoh dari syaitan, kamu berjumpa dan melakukan zina dan baru kamu berkahwin,kedua, jodoh dari jin, ada orang yang sukakan kamu, tapi kamu menolak dan seterusnya dia menggunakan cara halus, dan kamu menerimanya dan ketiga, jodoh dari Allah, kamu berjumpa dan dia terus meminang kamu", dan dia bagi aku dia adalah dari yang ketiga. bagi seorang perempuan seperti aku, apa lagi yang diharapkan kalau bukan untuk mencari seorang teman sepanjang perjalanan hidup yang memahami dan menyayangi diri aku ini.dia, bukan yang pertama, tapi dia adalah yang istimewa..tersangat istimewa dan kerana istimewanya dia, dia membunuh aku. 'it takes no time to fall in love but it takes you years to know what love is'.

No comments:

Post a Comment