Wednesday, October 21, 2009

~cerita aku~

~catatan sebuah perjalanan, jajahan antara jiwa dan jasadku~

~aku~
aku, seorang gadis,lingkungan umur 20-an, gadis pahang jati. aku, aku sendiri susah untuk bercerita apa tentang diri aku sendiri, walaupun aku sendiri yang lalui, apa yang aku sendiri rasa, waima apa sekalipun yang aku sendiri tanggung, aku sendiri tak mengenal akan diriku ini, jasadku ibarat seorang doktor yang merawat seoarng pesakit jiwa yang jiwanya adalah aku sendiri, hidup ini sungguh merumitkan, merumitkan bagi aku, juga mungkin lagi merumitkan bagi segelintir manusia lain. untuk sebuah perjalanan hidup,untuk memenuhi harapan keluarga,untuk mencapai kejayaan sebuah kehidupan, aku belajar, belajar akademik, belajar dari pengalaman, dan juga belajar dari segi penghidupan sementera menunggu 'turn'.terkadang aku terasa umur aku tidak melambangkan siapa diriku. banyak masalah yang aku terpaksa kendong dan semacam rasa tidak adil bagiku kerana aku terpaksa menanggung beban yang terlebih beratnya berbanding dengan rakan seangkatan yang sama umur dengan aku. tapi. ini lah kehidupan. aku tidak boleh lari, aku seakan diikat dengan semua ini dari dunia sebelum ini lagi. apa yang aku ada, sebuah keluarga yang amat memahami.bukan kawan-kawan kerana sangat mereka sangat susah untuk menangis bersama dan bukan cara aku untuk bercerita dan berkongsi cerita peribadi aku dangan mereka, dan juga bukan dengan teman istimewa, kerana dia bisa meninggalkan kita ketika kita susah, sedangkan orang berkahwin lagikan bercerai-berai, ye tak?? aku, aku adalah yang mempunyai sebuah sejarah cinta dan hidupku yang penuh dengan duri dan terlalu banyak ranjau. aku, sungguh berat untuk memikul semua rasa yang berpusar ibarat puitng beliung dalam jiwa dan jasadku ini.aku hanya yang bertemankan kesabaran yang penuh. aku, aku suka sebuah kehidupan aku yang satu ini, aku suka cinta, aku suka akan kasih dan sayang, aku suka perasaan..itu kerana ini aku menulis.

1 comment:

  1. hmm.... tentang kehidupan?
    tentang diri?
    tentang cinta?
    tentang rakan??
    wahai kawanku...
    ko kenap faham akan liku kehidupan...
    nah dalam fakta ada mnyatakan perkara yang pling sukar dalam hidup adalah mnegenali diri sendiri okey...
    so tak perlu ko knal diri ko tp kenali diri ko melalui pergaulan dgn rakan2 ko..
    ha usaha bezakan kan dugaan ko dgn dugaan org lain cz ianya akan megecewakan diri ko jer tapi fikirlah akan kehebatan ko..nah jika ko dapt 5'a' dalam periksa mungkin ko akan rasa lemah jika dibandingkan dgn org yang 7a kan tpi jika ko fikir org yang dapt 4a jer ha mesti ko akan rasa lega cikit kan... itulah manusia tidak pernah puas dgn apa yang dia dapt melainkan di pada masyar nti diberikan karpet merah untuk pergi ke syurga okey...
    ha fasal cinta plak..memg lumrah umur kita mcm nie akan mengalami msalah dalm hub cinta or persahabatan tpi apa yang perlu kau tau...kepahitan itu mengajar kita erti kehidupan okey...
    hmmm...
    sukar untuk tafsirkan kehidupan ini tp apa yang ko perlu ingt dalam hidup mesti kena ada msalah kerana ia yang mengajar kita erti kehidupan okey...
    klu kita hiudp tnpa mslah lebih baik takyah hidup taw...
    ha jgn bandingkan diri ko dgn org lain yang xda msalah cz tuhan tue adil taw...mungkin dia ada mslah cuma pndai menyelesaikan dgn terbaik cz tahap ilmu kita berbeza2 okey....
    usahlah ko gusar dgn segala perkara ini kerana setiap org mengalaminya dlam keadaan dan waktu yang berbeda2 okey...
    apa yang perting teguhkan pendirian, unggulkan penanpilan, kenali sekeliling maka ko akan dapt apa yang o mahu dgn cara ko sudah mengenalinya okey...
    percayalah andai ko sentiasa mencari ilmu dan menjaga segalanya insylah ko akan dapt yang terbaik okey...
    ada pakwe tue x menjamin ko akan hidup bahagian tp kenali siapa manusia itu akan membuatkan ko lebih matang dan faham akan lumrah keadaan okey...
    faham ke x aku cakap ko layan jer la hahaha...
    memg dia nafas n segalanya bagi ko cz dia cinta ko tp cuba fikir layak atau tidak ko memikul apa itu cinta???
    cubalah kenali dulu dan perbaiki dulu ya...
    usaha terlalu leka dgn kasih sayang sehingga j=ko mengkhianati apa itu erti cinta seperti yang terjadi pada mejority psgan zaman sekrg okey...

    ReplyDelete