Wednesday, October 21, 2009

~tolong!!!~

aku, aku ini jenisnya manusia yang akan terusik jika aku melihat dan mendengar sesuatu yang mendapat raih simpati aku, apatah lagi ketika orang yang sayang, sudah semestinya aku pasti menghulurkan tangan meringankan beban. aku akui, itu kelemahan aku.tapi itu tidak bermaksud aku lemah untuk segalanya. masalah aku timbul selepas si dia diseluk saku.semua 'access' kepada 'cash' dia dibekukan dan bermula dengan itu akulah ynag menjadi bank tak berdaftar dia. aku tolong kerana aku sendiri pun tidak tahu akan sebabnya. mungkin bagi aku, aku akan bantu sesiapa pun kalau aku mempunyai kemampuan dan waktu itu keadaan mengizinkan dengan jaminan yang diberikan dalam masa dua bulan. pada waktu itu, kami berdua sudah pun bermula dengan era baru, zaman belanjawan yang defisit. kami tidak lagi keluar bersama dan berlanjutan sehingga sekarang. aku buat tak tahu, kerana, kerana aku percaya, aku simpati, kerana aku sayang. dua bulan berlalu. tiada khabar berita mengenai duit ynag dipinjamkan. pada adik aku luahkan, adik meniup kata semangat, tunggu dan lihat katanya. aku tunggu dan aku lihat, aku rasa dia takkan lari kemana, gerak hati aku cakap yang dia memang untuk kau, kita tunggu saje okay, lagi adik aku cakap.dia pula cuma muncul untuk menelefon dan berjumpa bila memerlukan duit. aku biarkan lagi.sementelah menyepi beberapa ketika.aku sabar, setiap hati mengirim pesanan ringkas tanda aku setiap hari mengingati dia walaupun tiada balasan, jika ada sekadar sebuah perkataan;'busy'. dia muncul, merayu memohon maaf, dan sekali lagi memohon pertolongan, kali ini untuk bayaran perubatan. dia, orang yang aku agungkan ini disahkan kanser otak tahap pimary, besar lagi harapan untuk pulih, aku sedaya membantu, dengan kawan-kawan dan keluarga aku panjangkan kisah ini. alhamdullillah mereka menegrti dan sudi menghulurkan bantuan walaupun aku tidak memberi sebarang jaminan. itulah pertolongan dan pengorbanan yang aku lakukan kerana dia, kerana dia adalah nafasku. siapa yang mahukan cinta matinya mati begitu sahaja sedangkan mampu untuk berikhtiar untuk memberi bantuan kerana, dia adalah cinta aku, nafas aku dan nyawa aku yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

2 comments:

  1. hmm,,,,,
    sukar untuk aku katakan tentang pengorbanan ko nie wahai kawan..tapi percayalah cinta itu amat unik...
    yakin ke yang dia tue sakit?? atau hanya sekadar kata2??
    sekarang org amat tertarik dgn wang ringgit ok??
    andai benar dia sakit n mencintai ko, dia xkan meminta pada ko okey,,
    plez lar ea..
    jgn mudah terleka dgn kata2 belas kasiahn..
    jika benar dia mencintai ko dia xkan meminta kepada ko malah akan menolak pemberian ko...
    apa daya ko untuk membantu dia? duit ko pun mak ayah yang bagi???
    hmm...
    plez ya...
    jgn mudah terpengaruh....
    cinta itu amat luar biasa tapi andai dia cintakan duit ko makan ianya kan jadi cinta yang terbinasa kpada ko...
    setia manusia ada sifar belas kasih tapi plez jgn terlalu over untuk beri kesian kepada org2 yang ko blum knal siapa dia ok....
    jgn bermain dgn duit dalam percintaan cz akan memakan diri ok...
    aku pun ada belas kasih gak tp mesti bertahap...
    biarpun dia sakit ko kena yakin bahawa dia betul2 sakit n ada dukumen sah ok..
    klu benar dia sakit pastikan dia dapat laanan yang x manyakitkan hati dia bukan dari segi kewangan ok...manusia sekrg mudah leka dgn wang ringgit...
    xsalah ko menunggu dia dgn kesetiaan cz andai kata ko dilepaskan maka ko akan pergi dgn satu kesetiaan n bukan dgn kecurangan ok... apa yang perlu diingt...setiap lelaki mahukan isteri yang benar2 patut dapt gelaran isteri ok... berkwn dulu n cuba mengenali siapa itu lelaki dan insyalah ko akan dapt seseorg yang bemar2 ko fhn dgn dia n ko dapt control dia ok... pastikan lelaki itu menyayangi ko kerana diri ko bukan kerana duit ko ok...
    hope ko akan berjaya dunia akhirat...
    tunggu jika ko mahu tunggu dan tinggal jika ko mahu tinggal tp pastikan hak diri ko sentiasa terjaga n ko sentiasa memperbaiki diri okey...
    insylah ramai lagi lelaki yg menunggu ko jika diri ko dah sempurna dgn cinta yang benar ok...
    zaman mcm kita nie memg memerlukan pasangan tp ianya sekadar teman cz cinta itu fitrah allah tp cuba ko tya diri ko layak atau tidak ko memikul apa itu cinta okey,,,
    so yang terbaik adalah kenali apa itu cinta dan dalami ia selagi ada masa okey...insylah ko akan dapt cinta yang sempurna ok...
    x kenal maka x cinta..tak cinta maka xkan terjaga okey...

    ReplyDelete
  2. 'cinta itu amat membahagiakan seperti manisnya gula, manis?? mcm maner manis tue ha hanya orang yang rasa gula sahaja akan tahu manisnya kan tapi perkara yang amat memritkan dalam hidup adalah putus cinta kerana keperitan ini akan dirasa bagi orang yang telah memiliki cinta okey....'
    tiada cinta buta dalam kehidupan tapi apabila kita tidak mengenali apa itu cinta maka diri kita akan tertipu dengan cinta nafsu maka kita akan kecundang kerana cinta buta itu sama istilah dengan cinta tanapa ada pertimbangan yang akan menghancurkan hidup kita okey...
    hope ko faham wanie erk.. aku sekadar mahu berkongsi...
    kalu ko mahu tunggu dia, tunggulah tapi berwaspadalah... jika ko mahu tinggal dia maka tinggallah ia dengan sebaik2 caranya okey...

    ReplyDelete